Blog Tips : Mencari identiti Blog

Memiliki sebuah blog sudah memenuhi syarat untuk bergelar blogger. Status blogger memang cool, jika ada yang bertanya "lu kerja apa sekarang?" Gua tanpa segan silu menjawab "Gua dah jadi blogger sepenuh masa!". Tapi sebelum melangkah jauh, perkara basic perlu diambil berat oleh blogger baru iaitu mencari identiti blog.



Gua senaraikan beberapa tips untuk mencari identiti blog:

a) Zero to Hero - Mencari identiti blog perlukan masa, usaha dan kesabaran. Menjadi pendatang baru dalam dunia blog memang sukar. Semuanya bermula dari kosong. Memang begitulah fitrahnya, semua perkara yang kita lakukan sukar buat kali pertama. Tetapi tidak untuk kali kedua dan seterusnya.

b) Minat - Kenalpasti minat anda menjurus kearah topik yang bagaimana. Jika anda minat politik, sukan, teknologi, atau hiburan? maka teruskan berblog dengan mana-mana topik yang anda suka. Blogging menjadi lebih mudah sekiranya ada minat.

c) Kelebihan - Kenalpasti kelebihan yang ada dan gunakan sebagai identiti untuk pengunjung mengenali blog anda. Jika anda kreatif dan mempunyai skill mengedit blog dan photoshop, fokus kepada design blog yang mantap. Begitu juga jika anda hebat dalam penulisan, fokus kepada cerita, cerpen atau lawak yang menarik.
Posted on 6:00 AM | Categories:

Apa yang lu buat selain blogging?

Blogging merupakan aktiviti yang memakan banyak masa. Post entri pun kadang-kadang boleh ambil masa berjam-jam akibat buntu mencari idea. Gua boleh bertahan duduk depan laptop surfing internet sekitar 12 jam sehari. Gua tahu ini gaya hidup yang kurang sihat, tapi selain berblog dan melayari internet, tidak banyak aktiviti yang gua boleh lakukan.

Nah, sedikit aktiviti gua bagi mengisi baki 12jam masa gua setiap hari:

a) Game Komputer: Asal balik cuti sem, gua dan rakan-rakan gua akan berkumpul di kedai Cyber untuk mencari lawan dalam game DOTA... Boleh dikatakan team gua adalah team Melayu terkuat di daerah ni. Apa tidaknya, belum ada lagi team Melayu yang lain dapat mengalahkan team gua:D


b) Tengok Tv: 'Macam-macam ada' dalam Astro. Gua selalu layan Discovery dan National Geography. Antara rancangan fav gua seperti Man vs Wild, Mythbuster,The Colony dan Great Migration. Semua pun rancangan geek, tapi gua bukan jenis makhluk yang skema. Gua layan jugak movie, sports dan drama-drama Indon.hehe

Blog Peribadi : 2 column vs 3 column

Kenapa blog gua menggunakan layout 2 column?... Gua selalu berpendapat blog peribadi seharusnya menggunakan layout 2 column dan bukannya 3 column. Gua punya sedikit hipotesis untuk menyokong pendapat gua.


1. Semakin banyak widget semakin lambat blog untuk load.

Blogger selalunya memilih layout 3 column kerana mempunyai lebih ruang pada bahagian sidebar untuk meletakkan widget/gadget. Blog yang dipenuhi dengan widget/gadget adalah blog yang tidak cool. Percaya cakap gua, pengunjung tidak datang ke blog lu untuk melihat semua widget pada sidebar melainkan chatbox. Pengunjung datang untuk membaca artikel lu yang merepek semata-mata.hehe

2. Semakin lambat blog load semakin kurang pengunjung blog.

Kebanyakan widget/gadget menggunakan kod javascript. Kod tersebut akan membuatkan load blog semakin lambat. Gua benci masuk blog yang tidak habis load. Lu macam tidak tahu, negara kita punya servis internet yang paling laju dalam dunia.

Blog peribadi bukan khusus untuk buat duit.Blogger proffesional menggunakan layout 3 column atas sebab-sebab tertentu: Ruangan iklan berbayar, Banyak info dan tips, blog perkhidmatan dll. Sebab itu blog peribadi berbeza dengan blog-blog lain. Pilihan di tangan anda. Ini hanya pendapat gua saja.

Posted on 12:45 AM | Categories:

Obses dengan teman teristimewa!

Hampir mencecah sebulan gua tidak bernafsu update blog ni. Gua memang tiada disiplin dalam berblog. Tiada apa-apa yang gua kejar dalam berblog. jauh sekali duit iklan mahupun populariti... Gua lebih gembira dengan keadaan sebegini.

Bagi yang mengikuti update blog boonto, anda tahu gua sudah upgrade dslr idaman. dslr ni la menjadi teman istimewa gua. Antara salah satu sebab gua tidak update blog kerana meluangkan banyak masa dengan bini baru gua. Bini tua, kereta gua pun kadang2 gua abaikan, sebulan sekali baru cuci... kesian

Sebagai remaja umur 22 tahun, hobi menangkap gambar amat sesuai untuk gua dan remaja2 yang lain(gua rasa la). Gua bukan bermaksud menayang gadget dslr di dalam mall, supermarket dll. Tapi ke arah yang lebih serius! Melihat dunia dengan perspektif lain.

Teluk Villa B&: (Klik 1200x791)

Teluk Villa: (Klik 1200x791)

Gua ternyata obses dengan aktiviti ini. Hobi ini membawa kebaikan kepada gua. Gua banyak menghabiskan masa mencari lokasi gambar untuk genre long exposure. Tidaklah terperap online di depan komputer sahaja. Ataupun memikirkan masalah-masalah cinta remaja dalam social networking.

Apa pun gua tidak ada masa untuk semua itu buat masa ni. Gua hidup bahagia dengan teman teristimewa gua:)

Blogspot menjadi laman sosial No. 1

Facebook akan tutup pada 15 March ini! - Inilah rumor yang paling hangat diperkatakan dalam Dunia Siber buat masa ni. Rata-rata terkejut, ramai juga yang mempercayai tanpa bertanya dengan pakcik Google. Gua pun sangsi, ikutkan fikiran logik agak mustahil facebook menutup perkhidmatannya dengan jumlah pendapatan berbilion ringgit termasuk pegangan syer saham dari beberapa buah syarikat besar.

Ada kemungkinan Facebook cuba mengukuhkan serta memasarkan lagi perkhidmatan mereka dengan adanya rumor seperti ini. Website yang memaparkan rumor ni turut mendapat tempiasnya dengan jumlah traffik mencurah-curah ke ladang gandum. hehe. Tetapi, jika benar ini terjadi, maka yang paling gembira tentulah laman-laman sosial yang lain seperti My Space, Twitter dan Friendster. Pengguna facebook pasti mencari alternatif lain dengan adanya pilihan laman-laman sosial seperti yang gua nyatakan tadi.


Pendapat gua, tiada laman sosial lain yang akan mendapat keuntungan besar daripada penutupan facebook. Sebaliknya, gua agak optimis laman blog akan muncul sebagai platform baru untuk laman sosial. Bagi gua, laman sosial yang sedia ada sudah lapuk, bosan dan tinggah sejarah. Gua pun dah lupa bila kali terakhir gua login akaun friendster gua. hehe