Blogspot menjadi laman sosial No. 1

Facebook akan tutup pada 15 March ini! - Inilah rumor yang paling hangat diperkatakan dalam Dunia Siber buat masa ni. Rata-rata terkejut, ramai juga yang mempercayai tanpa bertanya dengan pakcik Google. Gua pun sangsi, ikutkan fikiran logik agak mustahil facebook menutup perkhidmatannya dengan jumlah pendapatan berbilion ringgit termasuk pegangan syer saham dari beberapa buah syarikat besar.

Ada kemungkinan Facebook cuba mengukuhkan serta memasarkan lagi perkhidmatan mereka dengan adanya rumor seperti ini. Website yang memaparkan rumor ni turut mendapat tempiasnya dengan jumlah traffik mencurah-curah ke ladang gandum. hehe. Tetapi, jika benar ini terjadi, maka yang paling gembira tentulah laman-laman sosial yang lain seperti My Space, Twitter dan Friendster. Pengguna facebook pasti mencari alternatif lain dengan adanya pilihan laman-laman sosial seperti yang gua nyatakan tadi.


Pendapat gua, tiada laman sosial lain yang akan mendapat keuntungan besar daripada penutupan facebook. Sebaliknya, gua agak optimis laman blog akan muncul sebagai platform baru untuk laman sosial. Bagi gua, laman sosial yang sedia ada sudah lapuk, bosan dan tinggah sejarah. Gua pun dah lupa bila kali terakhir gua login akaun friendster gua. hehe



Kenapa blog? Blog merupakan satu platform yang fleksibel. Ciri-ciri yang ada dalam facebook seperti Profile, Gadjet,dan ruang komen juga turut ada pada blog. Malah blog lebih canggih dimana anda mempunyai kuasa penuh mengedit blog anda seperti template, susunan gadjet dan sebagainya. Jika facebook mempunyai iklan berbayar, anda juga boleh meletak iklan berbayar pada blog anda. Kan lagi masyukkkk...hehe

Platform blog ada yang berbayar, ada juga yang free. Sedia maklum, yang percuma pasti menjadi pilihan. Antara dua platform blog terkenal buat masa ini iaitu wordpress dan blogspot, sudah tentu blogspot menjadi pemenang- dulu kini dan selamanya...

17 comments:

  1. Yeah...blogspot kental...haha

    biar la dia tutup, boleh la frenster cari makan lepas ni..haha

    ReplyDelete
  2. eleh, bro. tukar ler kt wp, aku dah tukar dh. sayang lg ker blogspot nie. heheheh

    ReplyDelete
  3. boooooooooooooooooonnnnnnnntttttttoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooot. eh, silap.. hahahaha.. betul lah tue. wei jer, ko mau tukar wp ka?

    ReplyDelete
  4. Bro sharkox... kita pengguna blogspot yg kental. go blogspot go. haha

    ReplyDelete
  5. Anip n t anne. gua dah cuba berapa kali guna wp. paling lama bertahan dalam 5 bulan cmtu. tp makin lama makin x best plak.

    ada dua blog guna wp dulu. tp da tutup:D

    mgkin gua sudah sebati guna blogger. nnt ada masa gua cuba lagi bergiat guna wp plak. buat blog lain:D

    ReplyDelete
  6. dRbook dengar kata nak keluar nak ganti Fb .. hehe

    ReplyDelete
  7. Yeeha!!! Aku lg suka pesbuk tutup. aku masak di dapur pun buli hangus ikanku..ahaha.

    Masyukkkkkkk...kesioakn jg aku tgk blog² ni..tmasuk blogmu..

    Yeeha!!! :D

    ReplyDelete
  8. cayala bro aku pun pengguna blogspot tegar..bkn sbb free tp mmg dh sebati..dkt blogspot mcm2 boleh buat janji kita rajin mencari..

    ReplyDelete
  9. blogspot ni, mesra pelanggan..
    ehheheee

    ReplyDelete
  10. @izwan... haha.. BoontoBook pun bakal dilancarkan. jgn lupa reg:D

    @Zurina... ada bgusnya fb tutup ni. supaya x hangus lg ikanmu nnt:D

    ReplyDelete
  11. @Arieyy.. bagus. kita mmg pengguna blogspot tegar! hehe

    @Berto... lg satu pengguna blogspot tegar. haha

    @mie... dan tambah lg sorg pengguna blogspot tegar.. hahaha

    ReplyDelete
  12. fb cuma nak buat scene jer tu. sgt mustahil depa nak buang peti emas depa ni. kalau tak mau, bagi ajer kat cheq!

    ReplyDelete
  13. SSH LA BG ANTU2 FESBUK ..
    HHUHUHUHUHUHU
    :D

    ReplyDelete
  14. setuju dgn kau.. aq rasa pengasas fb yg tutup, nnti ganti dgn pengarah baru.. huahua!

    ReplyDelete